Bagi tidak mengelirukan pengguna terutamanya umat Islam, maka pihak kami menawarkan produk yang halal dan suci tanpa was-was untuk digunakan. Syarikat kami mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
Produk kami telah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM iaitu Dlynd Gold Sacha Inchi Seed Oil 500MG Softgel dan sah sehingga 16 JANUARI 2022.
Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai logo dan nombor siri pendaftaran yang sah. Jika hanya ada logo tetapi tiada nombor siri, atau nombor siri diragui dan tidak mengikut standard yang ditetapkan maka ternyata produk yang dijual diragui halalnya. Sebagai umat Islam, mencari yang halal halal itu adalah kewajipan (fardhu) buat kita semua.
Sijil Halal kami telah berjaya diperbaharui sehingga ke tahun 2025.
Dibawah ini pula ialah sijil halal untuk produk Skincare kami sehingga 15 Jun 2021
Produk yang 'halalan toyyiban' mestilah dikeluarkan daripada kilang yang patuh syariah milik orang Islam. Jika ada logo halal tapi kilang pengeluar diragui maka anda perlu menyemak perkara ini. Hari ini banyak pihak yang menggunakan logo halal palsu, tiada nombor siri unruk mengaburi mata pengguna..
HALALGEL PLANT (M) SDN BHD
Produk Sacha Inchi yang kami pasarkan adalah dikilangkan di kilang Halagel Plant (M) Sdn Bhd yang terletak di Kawasan Perusahan MIEL, Sungai Lalang, Sungai Petani Kedah. Ini bermakna produk kami dijamin suci lagi halal dan 100% HALALAN TOYYIBAN.

HALAGEL secara umumnya mempunyai empat fasiliti iaitu:-
√ Premis di bawah HALAGEL Product Sdn Bhd.
√ Premis penghasilan UBAT GIGI.
√ Premis Pembungkusan GARAM BUKIT, GELATIN & F&B.
√ Premis dibawah HALAGEL PLANT (M) Sdn Bhd (diiktiraf USFDA).
√ Premis penghasilan SOFTGEL (GMP Pharma).
√ Premis penghasilan KOSMETIK.
√ Pensijilan ISO antara yang diiktiraf selain GMP dan HALAL.
√ UBAT GIGI diproses di kilang milikan HALAGEL.
√ HALAGEL Plant (M) Sdn Bhd pengilang contoh HALAL di Kedah.
Prestasi HALAGEL dalam pensijilan Halal, tidak perlu diragukan. Malahan sudah mendapat Halal MUI untuk beberapa produk yang bakal keluar di Indonesia (salah satunya ubat gigi yang biasa Tuan Puan nampak di rak) dan Ubat Gigi KANAK-KANAK Orakidz.
√ Pemilikan 100% Muslim.
√ Staff 100% Muslim.

Justeru, orang ramai boleh menyakini tanpa was-was tahap halal produk kami. Dapatkan segera jangan terkeliru dengan produk-produk yang diragui. Paling penting nombor siri kelulusan KKM WAJIB dipamerkan pada kotak produk. Maklumat tersebut ada dipamerkan pada kotak produk kami seperti dibawah;-
Ini membuktikan pihak kami berniaga secara TELUS dan JUJUR dalam memasarkan SACHA INCHI di negara ini. Kami amat bertanggungjawab terhadap produk yang dipasarkan dan bukan berniaga untuk tujuan mengaut keuntungan semata-mata, tanpa mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Keberkatan itu penting dalam mencari rezeki.Bukan sekadar mengaburi mata pengguna dengan promosi yang mengelirukan.
Kami amat menjaga kesucian produk Sacha Inchi yang dipasarkan. Maka itu, logo halal berserta nombor siri dicetak pada kotak agak memudahkan para pelanggan membuat penilaian dengan sebaiknya. Justeru, bagi anda yang mahu mendapatkan Sacha Inchi yang benar-benar HALALAN TOYYIBAN, jangan lupa dapatkan jenama DLYND GOLD sekarang.