SELAMAT DATANG KE BLOG SACHA INCHI OFFICIAL | TEMPAHAN SILA HUBUNGI 011-2068 2238 (WHATSAPP SAHAJA)

SYARIKAT

Produk Dlynd Gold Sacha Inchi yang kami pasarkan ialah keluaran sebuah syarikat bumiputera muslim, Dlynd Enterprise dan berpejabat di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan, Pahang.  Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat ialah Datin Aslinda Hj Awang yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah di Al-Tabarulzi Oil Sdn Bhd (ATSB). Kelayakan beliau ialah dalam bidang Juruteknologi Makmal Perubatan dan mempunyai pengalaman yang luas selama lebih 16 tahun bertugas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Berbekakan pengalaman dan kemahiran selama lebih tujuh tahun dalam bidang perundingan jualan serta pemasaran perawatan kulit dan kesihatan beliau menubuhkan syarikat Dlynd Enterprise pada tahun 2014. 

Penubuhan syarikat ini bagi tujuan untuk membina jenama produk keluaran DLYND GOLD yang berasaskan bahan-bahan semulajadi. "Dlynd" adalah gabungan nama suaminya Dato' Naswadi Sulaiman dan Datin Aslinda Awang. Perniagaan utama syarikat ialah membekal produk kecantikan dan kesihatan. 

Kini syarikatnya berhasrat untuk memperkenalkan manfaat penggunaan Sacha Inchi melalui jenama DLYND GOLD "BACK TO NATURE" kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya dan luar negara amnya. 

Misi Dan Visi

Dlynd berhasrat untuk memperkenalkan manfaat penggunaan minyak sacha inchi melalui jenama Dlynd Gold kepada rakyat Malaysia dan juga luar negara. Dengan penggunaan produk kami, kami ingin menjadikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan sihat, cantik dan kuat dari segi fizikal dan mental supaya Malaysia mampu melangkah ke satu tahap yang lebih maju dan produktif di masa akan datang.

Kami mempunyai visi di mana produk keluaran kami iaitu Dlynd Gold, yang berasaskan gabungan bahan-bahan semulajadi berkualiti tinggi, diharap akan menembusi pasaran antarabangsa disebabkan oleh manfaatnya, dan bukan sekadar produk kecantikan yang berasaskan gimik promosi. Dlynd juga bakal menjadi sebuah syarikat yang membantu rakyat Malaysia yang berminat dalam perniagaan dan ingin menceburi bidang kesihatan dan perawatan kulit.

Seorang Wanita Tua Yang ‘Muda’

Siapa sangka pertemuan dengan seorang nenek tua boleh mencetuskan satu idea yang dapat memanfaatkan orang lain? Pada beberapa tahun yang lalu, pengasas Dlynd Gold iaitu Datin Aslinda telah bertemu dengan seorang wanita berusia yang disangka beliau berumur dalam lingkungan 60-an. Setelah bersuai kenal, wanita tua itu sebenarnya telahpun berusia dalam lingkungan 90-an! Terdetik di fikiran Datin Aslinda untuk menanyakan amalan dan rahsia wanita awet muda tersebut.    

Nenek tersebut tidak lokek dalam berkongsi rahsia dan ilmu kecantikan tradisionalnya, dan telah menunjukkan beberapa helai daun yang dipanggil kacang emas kepada Datin Aslinda. Nenek itu memberitahu Datin Aslinda yang daun tersebut merupakan amalan dalam pemakanan sehariannya. Datin Aslinda masih tertanya-tanya akan nama sebenar daun tersebut, dan setelah menyiasat dengan lebih lanjut dengan bantuan rakan-rakannya dan maklumat yang diperoleh, daun misteri itu merupakan daun sacha inchi.

Maka terhasillah produk yang berasaskan sacha inchi bernama Dlynd Gold. Kaya dengan omega 3, 6, 9 dan juga vitamin A dan E, produk tersebut bertujuan membantu penggunanya dalam menjadi sihat, cantik dan kuat dari segi fizikal dan mental secara semulajadi. Ditambah dengan reputasi sacha inchi di mata dunia, yang dianggap sebagai ‘superfood’, maklumbalas yang diterima dari para pengguna Dlynd Gold amat memberangsangkan.

Pada 27 Oktober 2014, Syarikat Dlynd berjaya ditubuhkan dengan tujuan untuk membina jenama produk keluaran Dlynd Gold yang berasaskan bahan-bahan semulajadi diseluruh dunia. Nama ‘Dlynd’ adalah gabungan nama Dato’ Naswadi (yang juga merupakan suami pengasas) dan Datin Aslinda. Perniagaan utama syarikat ini adalah untuk membekalkan produk kecantikan dan kesihatan. Pada dasarnya, produk Dlynd Gold bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan seseorang.