SELAMAT DATANG KE BLOG SACHA INCHI OFFICIAL | TEMPAHAN SILA HUBUNGI 011-2068 2238 (WHATSAPP SAHAJA)

Tips Beli Sacha Inchi

    

Mutakhir ini muncul terlalu banyak produk Sacha Inchi yang dijual secara online menerusi media sosial dipasaran. Pihak yang berkenaan, berlumba-lumba membuat promosi harga runtuh dengan menggunakan selebriti popular seperti doktor, ulamak, artis dan sebagainya untuk menarik perhatian pelanggan. 

Ramai pengguna mula menjadi keliru, mana satukah produk yang asli atau pun tiruan. Malah, tidak kurang pula yang mendakwa mereka tertipu dan terpedaya dengan iklan yang ditawarkan. 

Justeru, kami ingin memberi tips kepada anda sebelum membuat pesana pembelian Sacha Inchi dipasaran. Ia bagi mengelakkan anda ditipu kerana terbeli produk tiruan.

Antara perkara yang perlu anda ambil perhatian penting sebelum membuat pembelian ialah :

Sijil Halal Sah Daripada JAKIM

Sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai logo dan nombor siri pendaftaran yang sah. Jika hanya ada logo tetapi tiada nombior siri, atau nombor siri diragui dan tidak mengikut standard yang ditetapkan maka ternyata produk yang dijual diragui halalnya. Sebagai umat Islam, mencari yang halal halal itu adalah kewajipan (fardhu) buat kita semua. 

Produk yang 'halalan toyyiban' mestilah dikeluarkan daripada kilang yang patuh syariah milik orang Islam. Jika ada logo halal tapi kilang pengeluar diragui (bukan Islam) maka anda perlu menyemak perkara ini. 

Di Malaysia, antara kilang patuh syariah yang diikhtiraf oleh JAKIM iaitu Halagel Plant (M) Sdn Bhd yang terletak di Sungai Petani, Kedah. 

Kilang ini juga merupakan kilang Good Manufacturing Practice (GMP) daripada Kementerian Kesihatan Malaydia (KKM) yang terunggul di negara ini. 

Produk Berdaftar Dengan KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa berusaha untuk memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan dikawal mengikut undang-undang yang berkaitan. 

Oleh itu, semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan produk tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum boleh dipasarkan di Malaysia.

Produk yang berdaftar dengan PBKD adalah berkualiti dan selamat untuk diambil oleh orang ramai. Setiap produk farmaseutikal yang berdaftar akan diberikan satu nombor pendaftaran khusus yang perlu dicetak pada label atau pembungkusan produk tersebut. Nombor pendafatarn ini dimulakan dengan ‘MAL’, diikuti dengan 8 nombor dan diakhiri dengan huruf, contohnya MAL 20001564T.

Walau bagaimanapun, pemantauan pasaran oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM mendapati wujud produk farmaseutikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu ataupun nombor pendaftaran milik produk lain. Ini kerana nombor pendaftaran ini mudah ditiru dan pengguna sukar untuk mengesahkan kesahihannya semasa membeli.

Bagi mengatasi masalah ini dan meningkatkan lagi keselamatan dan identiti produk yang berdaftar dengan PBKD, kementerian telah mengambil satu langkah proaktif dengan memperkenalkan dan mewajibkan penggunaan pelekat label keselamatan Hologram Meditag TM pada semua produk farmaseutikal. Hologram ini yang mempunyai pelbagai ciri keselamatan yang boleh diperhatikan oleh pengguna dan pegawai penguatkuasa farmasi telah mula digunakan pada 1 Mei 2005.

Pelekat Keselamatan Hologram MediTag

Hologram MeditagTM ini yang dikeluarkan oleh Syarikat Mediharta Sdn Bhd hanya dibekalkan kepada pengilang yang mempunyai lesen GMP (Amalan Pengilangan Baik) ataupun pengimport yang dilesenkan oleh KKM bagi memastikan ia tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pelekat label Hologram MeditagTM mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan setiap satu diberikan nombor siri. Pada 1 September 2006, hologram versi pertama telah digantikan dengan versi kedua yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan sebagai langkah tambahan untuk memudahkan pengguna dan mengelakkan pengeluaran pelekat hologram tiruan.

Penggunaan hologram MeditagTM ini telah berjaya memudahkan pengguna untuk mengenal pasti produk-produk farmaseutikal yang berdaftar selain membantu pegawai penguatkuasa farmasi mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap produk-produk farmaseutikal yang tidak berdaftar dengan KKM.

Siasat Dulu Sebelum Buat Pembelian

Apabila ketiga-tiga perkara diatas sudah kita pastikan maka barulah membuat pembelian produk berkenaan. Apa yang paling penting dapatkan nombor siri pendaftaran Halal, KKM dan Pelekat Hologram yang sah. Kesahihahnya boleh dirujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia boleh mengelakkan anda tertipu untuk memilih produk asli atau pun tiruan. 

Dlynd Gold Tawar Sacha Inchi Original

Buat masa ini salah sebuah syarikat muslim bumiputera yang keluarkan produk Sacha Inchi asli yang 'suci dan halal' ialah Dlynd Enterprise yang beribupejabat di Kuantan. 

Syarikat ini sudah hampir lima tahun memasarkan Sacha Inchi di Malaysia. Apa yang terbaik, syarikat ini mengimport terus Sacha Inchi dari negara Peru. Ini bermakna ia menjual produk yang asli bukan tiruan. Malah Sacha Inchi dari negara terbabit lebih berkualiti khasiatnya daripada yang ditanam di Malaysia atau negara Asia Tenggara yang lain sebenarnya. 

Pengguna tidak perlu was-was untuk membeli produk yang ditawarkan kerana ia sudah lengkap dan mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan. Bahkan Sacha Inchi yang ditawarkan terbukti "halalan toyyiban" kerana ia dikilangkan di Halagel Plant (M) Sdn Bhd, Sungai Petani. 

Produk yang ditawarkan juga mempunyai sijil halal yang sah dari JAKIM, berdaftar secara sah dengan KKM dan ada pelekat keselamatan Hologram KMM seperti yang telah dinyatakan. 

Bukti jelas boleh dilihat pada kotak produk Sacha Inchi yang dijual di pasaran. Ia jauh berbeza dengan produk tiruan yang dijual secara online di media sosial sekarang ini. 

Justeru orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan membuat pertimbangan wajar sebelum membeli Sacha Inchi bagi mengelakkan mereka terpedaya membeli produk yang tidak sah dan tiruan. 

Malah, mereka juga perlu merujuk kepada JAKIM dan KKM bagi membuktikan ketulenan sijil halal dan pendaftaran KKM yang dipamerkan pada kotak atau botol produk terbabit. Biasanya pihak berkenaan akan menggunakan sistem 'autoresponder' untuk menjawap setiap komen daripafa orang ramai di facebook. 

Mereka tidak berani untuk memaparkan nombor telefon syarikat atau pihak yang menjual terbabit. Malah, ada sesetengah produk, langsung tidak ada nama syarikat dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Oleh itu, janganlah anda teraniaya akibat terbeli produk yang diragui kualiti dan tahap halalnya.

Harga yang ditawarkan juga tidak berubah sejak beberapa tahun yang lalu iaitu RM139. 90 sebotol untuk Semenanjung Malaysia dan RM159.90 untuk Sabah dan Sarawak.

Bayaran pos penghantaran RM8. 00 sahaja dikenakan. Ini bermakna anda hanya perlu membayar RM147.90 (Semenanjung) dan RM167. 90 (Sabah dan Sarawak). Didalam botol ada 120 kapsul softgel untuk kegunaan selama satu bulan (30 hari)  2 biji pagi dan 2 biji malam, sebelum makan. 

Anda yang berminat untuk mendapatkan produk Sacha Inchi yang halal dan suci ini,